Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Mulai hari ini, semua pengguna boleh dengan pantas cipta stiker dan keseluruhan set stiker menggunakan editor berkuasa tinggi baru — tanpa keluar dari Telegram.
Hanya ambil mana-mana foto dan tambah teks, lukisan — atau stiker beranimasi, emoji dan GIF tanpa had yang ada di platform. Menukar kucing ke lukisan visual tidak pernah lebih mudah dari sejarah manusia (dan sejarah kucing).
Ianya hanya memerlukan hanya satu tekan untuk memotong objek dan keluarkan latar belakang. Anda boleh secara manual hapus dan kembalikan semula sebahagian dari foto – atau tambah garis luar untuk penampilan stiker bercorak klasik.
Untuk mula membuat stiker, buka panel stiker anda dalam mana-mana bual, kemudian tekan butang menjemput (+).
Bila anda sudah siap, hanya kirim stiker– atau cipta set stiker supaya rakan boleh guna semula kucing yang diubah bentuk dalam bual mereka.
Untuk tambah stiker ke set, pilih emoji yang memberi gambaran emosinya. Telegram juga akan guna AI untuk cadangkan kepada anda emoji berdasarkan imej anda— seperti kucing, kambing, atau kereta.
Di Telegram, emoji berfungsi sebagai jalan pantas untuk stiker. Bila anda taip satu emoji di bual, Telegram secara automatik menawarkan stiker sepadan yang anda boleh kirim
Semenjak 2015, berjuta artis dan pembuat meme telah menggunakan platform terbuka Telegram untuk berkongsi ciptaan mereka.
Anda boleh tambah mana-mana stiker sedia ada ke set tersuai anda. Sebagai contoh, untuk mengumpul semua kegemaran anda di satu pek — atau untuk cipta koleksi bertema.
Untuk kongsi set stiker anda, hanya kirim seseorang salah satu dari stiker. Mereka boleh tekannya untuk tambah kesemua set. Setiap set juga mempunya t.me link uniknya.
Dengan kemas kini ini, kami telah tambah pratonton linkyang kemas untuk semua set stiker dan emoji.
Kami juga umumkan 16 lagi ciri baru pada bulan ini, tetapi sebelum itu — anda ada stiker untuk dicipta?
14 April 2024
Pasukan Telegram