700 Juta Pengguna dan Telegram Premium

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
700 Juta Pengguna dan Telegram Premium

Telegram menjadi salah satu dari 5 teratas aplikasi yang dimuat turun di seluruh dunia pada tahun 2022 dan kini mempunyai lebih dari 700 juta pengguna aktif bulanan. Peningkatan ini semata-mata dari cadangan peribadi – Telegram tidak pernah bayar untuk mengiklan aplikasinya.

Sementara Telegram terus berkembang pesat, ramai di antara pengguna kami meluahkan kesanggupan mereka untuk menyokong pasukan kami. Hari ini kami melancarkanPremium Telegram Premium – langganan yang membolehkan anda menyokong kesinambungan pembangunan Telegram dan memberi akses kepada anda ciri tambahan eksklusif.

Ini akan membolehkan kami menyahut permintaan ciri luar biasa yang pengguna kami mengharapkan selama ini, dan pada masa yang sama mengekalkan akses secara percuma bagi pemesejan yang paling perkasa di planet.

Premium Telegram Premium

Dengan melanggan Telegram Premium, pengguna akan memperolehi dua kali ganda had, 4 GB muat naik fail, muat turun lebih pantas, stiker eksklusif dan reaksi, penambahbaikan pengurusan bual – dan banyak lagi.

Dalam masa yang sama, semua ciri sedia ada yang pengguna sentiasa berharap dan bergantung hampir satu dekad akan terus percuma.

Lagipun, pengguna bukan premium akan dapat terus menikmati setengah dari faedah Premium: sebagai contoh, muat turun dokumen besar ekstra dan lihat stiker yang dikirim oleh pengguna premium, dan juga tekan untuk menambah bilangan pada reaksi premium yang telah dimasukkan ke mesej.

Hasil langganan dari pelanggan premium akan membantu menambah baik dan mengembang aplikasi untuk beberapa dekad mendatang, sementara Telegram akan terus percuma, bebas dan memegang teguh kepada nilai utama pengguna, mentakrifkan semula cara syarikat teknologi harus beroperasi.

Premium 4 GB Muat Naik

Mana-mana pengguna boleh muat naik fail dan media bersaiz besar, setiap satu hingga 2 GB dan menikmati storan di Telegram Awan secara percuma. Dengan Telegram Premium, pelanggan kini akan dapat mengirim Fail 4 GB – cukup ruang untuk 4 jam video 1080p, atau 18 hari audio berkualiti.

Semua pengguna Telegram boleh memuat turun dokumen bersaiz ekstra besar, tidak kira samada mereka melanggan Telegram Premium ataupun tidak.

Premium Muat Turun Lebih Pantas

Pelanggan Premium boleh muat turun media dan fail pada kelajuan paling pantas yang mungkin. Anda boleh akses kesemuanya dari storan awan tanpa had dan selaju mana rangkaian anda mampu.

Premium Dua Kali Ganda Had

Pengguna Premium akan dapat peningkatan had untuk hampir kesemua di aplikasi. Dengan Premium, anda boleh ikuti sehingga 1,000 saluran, cipta sehingga 20 folder bual dengan setiap satu boleh mengandungi sehingga 200 bual, tambah akaun ke empat pada mana-mana aplikasi Telegram, semat sehingga 10 bual di senarai utama dan simpan sehingga 10 stiker kegemaran.

Dua alai ganda had untuk kesluruhan di ap

Anda juga boleh menulis bio lebih panjang dan termasuk link di dalamnya. Juga, Premium membolehkan penambahan lebih aksara untuk kapsyen. Mencari cara yang betul untuk respon ke mana-mana mesej akan menjadi lebih mudah dengan sehingga 400 GIF kegemaran. Akhir sekali, pengguna Premium boleh mempunyai sehingga 20 link awam t.me, menjadikan grup atau saluran yang anda cipta menonjol dengan link pendek dan ringkas.

Premium Suara-ke-Teks

Mesej suara boleh ditukar kepada teks untuk ketika di mana anda tidak suka mendengar, tetapi ingin lihat apa yang dikata. Anda boleh nilai transkripsi untuk bantu menambah baik mereka.

Premium Stiker Unik

Berdozen stiker kini mempunyai animasi skrin penuh yang menakjubkan , di mana pengguna Premium boleh kirim dalam mana-mana bual untuk menambah ekstra emosi dan kesan ekspresif yang boleh dilihat oleh semua pengguna.

Anda boleh dengan pantas mencari Stiker Premium dari kesemua pek anda di seksyen khusus di panel stiker anda, di bawah ‘Terbaru Diguna’.

Premium Reaksi Unik

Pengguna Premium juga oleh membuka lebih banyak cara untuk bereaksi pada mesej, dengan lebih dari 10 emoji baru seperti 👌😍❤️‍🔥💯 (dan kegemaran baru 🤡🌭🐳).

Premium Pengurusan Bual

Telegram Premium merangkumi alatan baru untuk mengatur senarai bual anda – seperti menukar folder bual paras asal anda agar aplikasi sentiasa buka folder tersuai atau, sebagai contoh, Belum Dibaca dan bukannya Semua Bual.

Untuk menukar folder paras asal anda, tekan lama pada folder di senarai bual anda > Susun > dan tarik folder kegemaran anda ke ruang pertama.

Sebagai tambahan, pelanggan boleh dayakan aturan di Privasi dan Sekuriti untuk secara automatik arkib dan senyapkan bual baru, membantu untuk menyusun walaupun pada senarai bual yang paling sibuk.

Premium Gambar Profil Beranimasi

Profil video pengguna Premium akan sentiasa beranimasi untuk setiap pengguna di keseluruhan aplikasi – termasuk dalam bual dan di senarai bual. Biar setiap pengguna nampak penampilan baru anda, atau guna kepintaran anda dengan animasi berulang.

Premium Lencana Premium

Semua pengguna Premium akan mendapat lencana khas Premium yang akan terpapar di sebelah nama mereka di senarai bual, kepala bual, dan senarai ahli di grup – menunjukkan bahawa mereka membantu menyokong Telegram dan adalah sebahagian dari ahli kelab yang akan terlebih dahulu menerima ciri baru.

Premium Ikon Aplikasi Premium

Ikon baru tersedia untuk pengguna Premium menambah ke Skrin Utama mereka untuk menyesuaikan personaliti atau kertas dinding. Pilih dari bintang premium, langit malam, atau kapal terbang turbo.

Ikon ap Premium

Premium Tiada Iklan

Di setengah negara, Mesej Ditaja dipapar di saluran besar satu-ke-ramai. Pengiklanan yang berciri campur tangan minima ini, siap dengan keakuran privasi, membantu menyokong kos operasi Telegram, namun tidak lagi akan terlihat oleh pelanggan Telegram Premium.

Langganan Premium membantu Telegram membayar bukan sahaja kos tambahan ciri premium, tetapi juga menyokong versi percuma Telegram untuk setiap pengguna.

Penambahbaikan untuk Semua

Sementara kami sedang menerbit lebih banyak lagi ciri yang memberangsangkan untuk pelanggan Premium, kami akan terus melaksanakan ciri percuma tersedia untuk setiap pengguna, dan akan melakukan dengan lebih cepat dari aplikasi gergasi popular lain. Kemaskini ini tidak terkecuali – ia menambah permohonan menyertai untuk grup awam, skrin beranimasi untuk perkongsian luaran, penambahbaikan keterangan bot, dan banyak lagi .

Permohonan Menyertai untuk Grup Awam

Grup awam kini boleh dayakan permohonan menyertai – membolehkan pentadbir grup meneliti ahli baru sebelum membenarkan mereka menulis dalam bual. Pengguna yang membuka grup boleh tekan Permohonan untuk Menyertai, yang akan memaparkan permohonan mereka ke senarai yang hanya pentadbir boleh akses.

Permohonan sertai grup awam

Pentadbir boleh menghubungi ahli yang ingin menyertai dan berbual untuk mempersetujui peraturan grup, pastikan mereka adalah ahli yang sesuai atau mungkin akan merancang upacara selamat datang untuk mereka. Bila pentadbir menghubungi pengguna, Telegram akan memberitahu pengguna bahawa mereka dihubungi oleh pentadbir grup.

Pemilik grup awam boleh dayakan permohonan menyertai melalui Info Group > Sunting > Jenis Grup > Siapa Yang Boleh kirim Mesej > pilih Hanya Ahli > dayakan Lulus Ahli Baru.

Lencana Verifikasi di Bual

Tokoh masyarakat dan organisasi boleh sahkan grup, saluran atau bot mereka – serta menerima lencana verifikasi Penyemakan Verifikasi untuk menunjuk kepada pengguna bahawa mesej datang dari sumber yang sah. Selain dari profil, keputusan carian dan senarai bual, lencana ini kini muncul di bahagian atas bual. Ini membolehkan pengguna lebih mudah untuk memastikan informasi datang dari sumber yang boleh dipercayai.

Jika anda disahkan pada sekurang-kurangnya dua rangkaian media sosial, anda boleh sahkan grup, saluran atau bot anda.

Penambahbaikan Bot

Bot di Telegram boleh membantu anda mengambil kuiz, menerima pembayaran dan juga mengganti kesemua laman web. Juruprogram bot kini boleh sertakan foto dan video di seksyen bot “Apa bot ini boleh buat?” untuk pamirkan ciri mereka.

Apa bot ini boleh lakukan?

Bot yang disatukan ke Lampir menu lampiran kini boleh juga berfungsi dalam grup dan saluran selain dari bual satu-dengan satu.

API bot adalah percuma dan dari platform terbuka, tersedia untuk sesiapapun. Jika anda bercadang untuk membina bot anda sendiri, sila semak laman ini.

Penambahbaikan Pratonton Bual di Android

Kemaskini kini memperkenalkan penambahbaikan pratonton bual setanding dengan iOS. Kini anda boleh skrol ke atas untuk melihat keseluruhan bual tanpa menandanya sebagai telah dibaca. Butang baru telah ditambah untuk anda menanda bual sebagai telah dibaca, senyapkannya, sematkannya atau hapuskannya.

Untuk pratonton bual, tekan dan tahan gambar profilnya di senarai bual anda.

Auto Simpan ke Galeri di Android

Opsyen untuk secara automatik simpan media ke Galeri kini kembali menemui anda dengan lebih kemas: menyimpan media kini boleh didayakan atau dinyahdayakan berasingan untuk bual dengan pengguna, grup atau saluran.

Save to Gallery Settings on Android

Penambahbaikan Perkongsian Luaran pada iOS

Dengan kebolehan mengirim fail hingga 2 GB (atau 4 GB), pengguna boleh dengan mudah kongsi media gergasi dari aplikasi lain secara terus ke Telegram pada mana-mana platform mudah alih. Ini menjimatkan masa dan ruang storan – di mana anda tidak perlu simpan fail sebelum mengirimnya di Telegram.

Bila mengirim fail besar dari aplikasi lain di iOS, anda kini boleh lihat bar progres beranimasi untuk menentukan samada anda mempunyai masa yang cukup untuk minum teh atau anda seharusnya hanya mampu minum kopi ekspreso.

Pencipta Gambar Profil Beranimasi di macOS

Pengguna macOS kini mempunyai cara pantas untuk menjana gambar profil tersuai – pilih mana-mana stiker atau emoji beranimasi sebagai fokus, dan tambah gradien latar belakang berwarna-warni. Anda boleh setkan satu untuk profil anda sendiri, atau sebagai foto grup atau – membuatkan ianya mudah untuk mencipta ikon bertema untuk bual tanpa mencari foto di merata tempat.

Untuk cipta salah satu dari ini, sila ke Aturan atau laman Info Bual, klik Sunting > klik Gambar Profil > pilih Stiker atau Emoji.

Lebih Pantas dan Perkasa

Kemaskini ini termasuk lebih dari 100 pembetulan dan optimasasi bagi aplikasi mudah alih dan desktop – menghapus kutu, menambah baik kelajuan, dan mengembangkan ciri kecil. Pengguna iOS dengan iPhone dan iPad baru memperolehi animasi jauh lebih lancar (120 FPS) di keseluruhan aplikasi. Pengguna Android akan melihat kualiti audio dan video yang lebih baik pada mesej suara dan mesej video, bersama-sama dengan opsyen untuk set ikon aplikasi alternatif, padamkan semua stiker terbaru dengan sekali gus dan menterjemah keterangan bio pengguna atau keterangan bual.

Semua pertukaran ini sedang dilancarkan secara berperingkat. Jika anda tidak melihat kemaskininya lagi, sila bersabar – ianya akan tersedia tidak lama lagi.

Terima Kasih

Hari ini adalah hari yang bersejarah bagi Telegram – menandakan bukan sahaja peristiwa penting baru, tetapi juga titik permulaan kewangan mampan Telegram. Sumbangan pelanggan premium akan membantu penambahbaikan dan mengembangkan aplikasi untuk beberapa dekad yang akan datang, manakala Telegram akan kekal bebas, merdeka dan terus menegakkan nilai utama penggunanya, mentakrifkan semula cara syarikat teknologi seharusnya beroperasi.


19 Jun 2022
Pasukan Telegram