Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Kemaskini hari ini memberikan pencipta konten dan tokoh awam lebih kawalan ke atas privasi mereka sambil menawarkan cara baru untuk menjana pendapatan daripada populariti mereka. Kini anda boleh menapis mesej masuk, melindungi ketenangan fikiran anda, dan memperoleh Telegram Star — semuanya sambil kekal berhubung dengan audiens anda.
Kemaskini ini juga memperkenalkan halaman info untuk bual baru bagi mengelakkan penipuan, opsyen untuk membeli Telegram Premium dengan Star, dan Platform Verifikasi 2.0, membantu syarikat permulaan menjimatkan kos pengesahan pengguna — dan banyak lagi!
Jika anda menerima jumlah mesej yang tinggi, anda kini boleh menetapkan bayaran untuk mesej masuk dari pengguna di luar kenalan anda. Ini memastikan hanya mereka yang benar-benar menghargai masa anda boleh menghubungi anda — memberikan anda kawalan penuh ke atas peti masuk anda sambil membolehkan anda memperoleh Star untuk perhatian anda.
Dengan ciri ini, anda boleh:
Tetapan ini juga boleh digunakan untuk bual grup dan diskusi saluran untuk memastikan interaksi fokus dan bebas daripada spam, membantu pemilik grup menjana wang daripada komuniti mereka dan memperoleh Star daripada perbualan yang bermakna.
Mesej Star datang dengan tetapan yang boleh disesuaikan — anda boleh membenarkan pengguna tertentu atau ahli grup tertentu untuk mengirim mesej kepada anda secara percuma. Dan jika anda perlu membuat pengecualian selepas mesej dikirim, anda boleh memulangkan semula Star dengan serta-merta hanya dengan satu tekanan.
• Dalam bual peribadi: Pastikan anda mempunyai Telegram Premium, kemudian pergi ke Tetapan > Privasi dan Sekuriti > Mesej.
• Dalam grup: Dayakan 'Caj Star untuk Mesej' dalam bahagian Permisi.
Ambil kawalan ke atas mesej anda, lindungi masa anda, dan tukar populariti anda menjadi peluang — sambil memastikan peti masuk anda selamat dan terurus!
Kini, apabila seseorang di luar kenalan anda mengirim mesej kepada anda buat kali pertama, anda akan melihat halaman maklumat terperinci yang membantu anda mengesan penipuan, mengelakkan penyamar, dan mengesahkan dengan siapa anda bercakap — sebelum anda membalas.
Halaman ini memberikan anda informasi penting tentang pengirim, termasuk:
Dengan ciri baru ini, anda boleh kawal siapa yang mendapat perhatian anda — tiada lagi meneka-neka pengirim yang tidak dikenali atau terpedaya dengan penyamar. Sama ada anda berbual dengan bakal rakan kerjasama, peminat, atau kawan baru, anda akan mempunyai maklumat yang anda perlukan untuk memutuskan sama ada untuk berinteraksi — dengan mudah dan penuh keyakinan.
Kini anda boleh guna Telegram Star untuk kongsi keistimewaan Premium dengan pengguna lain. Gunakan baki anda untuk hadiahkan Premium kepada rakan — semuanya tanpa mengeluarkan wang tambahan.
Star yang diperoleh daripada Mesej Star? Guna mereka untuk merayakan percutian atau mengucap tahniah dengan langganan Premium: ciri ekslusif, muatturun lebih pantas, emoji tersuai dan banyak lagi — semua dijana oleh Star anda!
Untuk kirim langganan Premium kepada seseorang dengan Star, buka Profil mereka dan tekan ⋮ / ⋯ > Kirim Hadiah.
Pengguna dan grup yang memperoleh Telegram Star melalui Mesej Star boleh mengeluarkan Star ini melalui Fragment, menukar Star kepada ganjaran berharga. Ganjaran ini boleh digunakan serta-merta untuk membeli Iklan Telegram, koleksi di blokchain TON dan banyak lagi.
Untuk tujuan operasi, Star boleh dikeluarkan 21 hari selepas mereka diperolehi.
Pemilik grup yang menerima Star daripada Mesej Star kini boleh melihat dan mengurus baki Star grup mereka secara langsung dari profil grup, memudahkan penjejakan dan penggunaan Star yang diperoleh.
Selain memakai hadiah kegemaran anda, anda kini boleh semat sehingga 6 hadiah lain untuk mempamirkannya di kedua-dua tab hadiah anda dan pada sampul profil anda.
Anda boleh melihat, menyusun dan semat hadiah anda di Tetapan > Profil Saya > Hadiah.
Pengguna Android kini boleh menstrim video terus ke peranti Chromekast mereka — sama ada anda menonton meme dengan rakan atau membentangkan konten penting dalam mesyuarat, nikmati semuanya di skrin besar!
Cara untuk menstrim: Buka video, tekan ikon Tetapan, dan pilih Chromekast.
Telegram Getway adalah penyelesaian yang berpatutan dan fokus privasi untuk pengesahan pengguna, membolehkan bisnes mengesahkan nombor telefon pelanggan mereka melalui Telegram pada sebahagian kecil kos SMS tradisional.
Platform Verifikasi Telegram sudah 9x lebih murah daripada perkhidmatan lain, dan kini ianya 20% lebih berpatutan! Kemaskini hari ini membolehkan juruprogram menetapkan masa penghantaran maksimum — jika kod tidak dihantar dalam tempoh tersebut, ia akan dikembalikan secara automatik.
Pengesahan SMS di tempat lain boleh menelan kos $0.50 atau lebih setiap mesej, manakala Telegram Getway menawarkan pengesahan hanya dengan $0.01.
Ia adalah percuma sepenuhnya untuk diuji — membolehkan syarikat permulaan mengurangkan kos yang tidak perlu dan memberi tumpuan kepada membina produk yang hebat. Ketahui lebih lanjut dalam panduan terperinci kami dan mula berjimat hari ini!
Itu sahaja untuk hari ini, kami baru sahaja memulakan untuk kemaskini musim bunga Telegram.
7 Mac 2025,
Pasukan Telegram