Mesej Star, Hadiah Disemat, Platform Verifikasi 2.0, dan Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Mesej Star, Hadiah Disemat, Platform Verifikasi 2.0 dan Lagi

Kemaskini hari ini memberikan pencipta konten dan tokoh awam lebih kawalan ke atas privasi mereka sambil menawarkan cara baru untuk menjana pendapatan daripada populariti mereka. Kini anda boleh menapis mesej masuk, melindungi ketenangan fikiran anda, dan memperoleh Telegram Star — semuanya sambil kekal berhubung dengan audiens anda.

Kemaskini ini juga memperkenalkan halaman info untuk bual baru bagi mengelakkan penipuan, opsyen untuk membeli Telegram Premium dengan Star, dan Platform Verifikasi 2.0, membantu syarikat permulaan menjimatkan kos pengesahan pengguna — dan banyak lagi!

Kekal Mengawal Peti Masuk Anda dengan Mesej Star

Jika anda menerima jumlah mesej yang tinggi, anda kini boleh menetapkan bayaran untuk mesej masuk dari pengguna di luar kenalan anda. Ini memastikan hanya mereka yang benar-benar menghargai masa anda boleh menghubungi anda — memberikan anda kawalan penuh ke atas peti masuk anda sambil membolehkan anda memperoleh Star untuk perhatian anda.

Dengan ciri ini, anda boleh:

  • Menapis mesej yang tidak diingini dan mengelakkan bebanan peti masuk.
  • Memastikan setiap mesej yang anda terima adalah bermakna — orang asing hanya boleh menghubungi anda jika mereka sanggup mengirim Star.
  • Menjana wang dari populariti anda sambil melindungi privasi dan ketenangan fikiran anda.
  • Terbuka kepada perbualan baru sambil melindungi akaun anda daripada spam dan kebanjiran mesej.

Tetapan ini juga boleh digunakan untuk bual grup dan diskusi saluran untuk memastikan interaksi fokus dan bebas daripada spam, membantu pemilik grup menjana wang daripada komuniti mereka dan memperoleh Star daripada perbualan yang bermakna.

Kawalan Fleksibel & Pemulangan Wang Segera

Mesej Star datang dengan tetapan yang boleh disesuaikan — anda boleh membenarkan pengguna tertentu atau ahli grup tertentu untuk mengirim mesej kepada anda secara percuma. Dan jika anda perlu membuat pengecualian selepas mesej dikirim, anda boleh memulangkan semula Star dengan serta-merta hanya dengan satu tekanan.

Cara Mendayakan Mesej Star

• Dalam bual peribadi: Pastikan anda mempunyai Telegram Premium, kemudian pergi ke Tetapan > Privasi dan Sekuriti > Mesej.
• Dalam grup: Dayakan 'Caj Star untuk Mesej' dalam bahagian Permisi.

Ambil kawalan ke atas mesej anda, lindungi masa anda, dan tukar populariti anda menjadi peluang — sambil memastikan peti masuk anda selamat dan terurus!

Ketahui Siapa yang Mengirim Mesej kepada Anda dengan Pengesahan Kenalan

Kini, apabila seseorang di luar kenalan anda mengirim mesej kepada anda buat kali pertama, anda akan melihat halaman maklumat terperinci yang membantu anda mengesan penipuan, mengelakkan penyamar, dan mengesahkan dengan siapa anda bercakap — sebelum anda membalas.

Halaman ini memberikan anda informasi penting tentang pengirim, termasuk:

  • Negara mereka (berdasarkan nombor telefon mereka).
  • Mana-mana grup yang dikongsi yang anda ada bersama.
  • Bila mereka menyertai Telegram — supaya anda boleh mengenal pasti akaun baru.
  • Bila mereka kali terakhir mengemaskini nama samaran atau gambar profil mereka — cara berguna untuk mengesan perubahan identiti secara tiba-tiba.
  • Petunjuk jelas menunjukkan sama ada pengguna adalah akaun rasmi, mempunyai pengesahan pihak ketiga, atau hanya pengguna biasa.

Dengan ciri baru ini, anda boleh kawal siapa yang mendapat perhatian anda — tiada lagi meneka-neka pengirim yang tidak dikenali atau terpedaya dengan penyamar. Sama ada anda berbual dengan bakal rakan kerjasama, peminat, atau kawan baru, anda akan mempunyai maklumat yang anda perlukan untuk memutuskan sama ada untuk berinteraksi — dengan mudah dan penuh keyakinan.

Hadiah Premium dengan Star

Kini anda boleh guna Telegram Star untuk kongsi keistimewaan Premium dengan pengguna lain. Gunakan baki anda untuk hadiahkan Premium kepada rakan — semuanya tanpa mengeluarkan wang tambahan.

Star yang diperoleh daripada Mesej Star? Guna mereka untuk merayakan percutian atau mengucap tahniah dengan langganan Premium: ciri ekslusif, muatturun lebih pantas, emoji tersuai dan banyak lagi — semua dijana oleh Star anda!

Untuk kirim langganan Premium kepada seseorang dengan Star, buka Profil mereka dan tekan ⋮ / ⋯ > Kirim Hadiah.

Keluarkan Star melalui Fragment

Pengguna dan grup yang memperoleh Telegram Star melalui Mesej Star boleh mengeluarkan Star ini melalui Fragment, menukar Star kepada ganjaran berharga. Ganjaran ini boleh digunakan serta-merta untuk membeli Iklan Telegram, koleksi di blokchain TON dan banyak lagi.

Keluaran Star melalui Fragment

Untuk tujuan operasi, Star boleh dikeluarkan 21 hari selepas mereka diperolehi.

Urus Baki Star Grup

Pemilik grup yang menerima Star daripada Mesej Star kini boleh melihat dan mengurus baki Star grup mereka secara langsung dari profil grup, memudahkan penjejakan dan penggunaan Star yang diperoleh.

Semat Hadiah pada Profil Anda

Selain memakai hadiah kegemaran anda, anda kini boleh semat sehingga 6 hadiah lain untuk mempamirkannya di kedua-dua tab hadiah anda dan pada sampul profil anda.

Anda boleh melihat, menyusun dan semat hadiah anda di Tetapan > Profil Saya > Hadiah.

Strim ke Chromekast pada Android

Pengguna Android kini boleh menstrim video terus ke peranti Chromekast mereka — sama ada anda menonton meme dengan rakan atau membentangkan konten penting dalam mesyuarat, nikmati semuanya di skrin besar!

Strim ke Chromekast pada Android

Cara untuk menstrim: Buka video, tekan ikon Tetapan, dan pilih Chromekast.

Jimat Lebih Banyak pada Pengesahan Pengguna

Telegram Getway adalah penyelesaian yang berpatutan dan fokus privasi untuk pengesahan pengguna, membolehkan bisnes mengesahkan nombor telefon pelanggan mereka melalui Telegram pada sebahagian kecil kos SMS tradisional.

Platform Verifikasi Telegram sudah 9x lebih murah daripada perkhidmatan lain, dan kini ianya 20% lebih berpatutan! Kemaskini hari ini membolehkan juruprogram menetapkan masa penghantaran maksimum — jika kod tidak dihantar dalam tempoh tersebut, ia akan dikembalikan secara automatik.

Pengesahan SMS di tempat lain boleh menelan kos $0.50 atau lebih setiap mesej, manakala Telegram Getway menawarkan pengesahan hanya dengan $0.01.

Ia adalah percuma sepenuhnya untuk diuji — membolehkan syarikat permulaan mengurangkan kos yang tidak perlu dan memberi tumpuan kepada membina produk yang hebat. Ketahui lebih lanjut dalam panduan terperinci kami dan mula berjimat hari ini!

🚀 Itu sahaja untuk hari ini, kami baru sahaja memulakan untuk kemaskini musim bunga Telegram.


7 Mac 2025,
Pasukan Telegram

Berita Lain

Сообщения за звёзды, закреплённые подарки, Платформа верификации 2.0 и многое другое

Сегодняшнее обновление даёт создателям контента и публичным лицам больше контроля над кон…
7 Mac 2025

Поиск стикеров с помощью ИИ, улучшения для видеозаписей и многое другое

С сегодняшнего дня в Telegram можно использовать искусственный интеллект для поиска по миллионам стикеров, копировать ссылки на определённый…
12 Feb 2025

Коллекционные подарки в статусах, отправка подарков в блокчейн, подарки для каналов и многое другое

Представляем 6 нововведений в Telegram. Теперь Вы можете носить коллекционные подарки в качестве…
24 Jan 2025

Коллекционные подарки, фильтры в поиске сообщений и многое другое

Представляем первое обновление Telegram в 2025 году: коллекционные подарки, которые можно передавать другим пользователям, реакции на служебные…
1 Jan 2025